Followers

Saturday, December 11, 2010

Oppie !! ^_^


rindunya aku kat my pets sekor nie!! hihi. ouh act nie bukan pic my pets. tapi memang sejibik! sama macam nie tau. bulunya putih bertompok hitam,manja! (tapi ganas jugak) hihi. nanti aku post gambar pets aku ok. hee. aku nk story sikit about my pets nie,,,suatu hari tu aku ngan my hubby pegi lah sebuah kedai runcit nie,nk beli barang sikit. sambil aku tengah pilih barang tiba-tiba ada anak kucen datang kat kaki aku, wahhh...comelnyaaaa!!! (aku nie memang pantang nampak kucen especially kitten! ) hee. aku pun dukung anak kucen, tu sampai aku terlupa barang apa yang aku na beli tadi ha sebab asyek sangat main dengan kitten tu ( sampai kena mara ngan my hubby..ngeee..) tanpa pedulikan my hubby yang tengah pilih barang sorang2, aku terus melayan anak kucen nie..ingatkan sekor nie jer,rupanya keluar lagi 3 ekor dari stor kedai tu..wahh..bertambah gila la aku dengan anak-anak kucen nie heheh. comel2 sangat! rasanya baru dalam 2 atau 3 minggu usia mereka hee. aku tak pasti samada kucen nie tuan kedai punya atau bukan sebab aku nmpak macam terbiar je. huhu.. aku betol-betol dah jato hati kat sekor anak kucen tu yg berwarna putih bertompok hitam. aku suarakan hasrat hatiku nak ambik anak kcen tu,tapi my hubby tak kasi...uhuk3 (terus aku merajuk) hihi.

esuknya aku pergi lagi kt kedai tu dengan my hubby sebab nak beli barang (padahal niat dihati nak main dengan anak-anak kucen tu hehe ).. aku suda gila jadinya dengan kucen! time tu 'budak-budak kenit' tu empat ekor tengah bermain kat kaki lima kedai tu bersama ibunya..(wah,kesempatan baik nie..! hahaha ) aku tak masuk pun dalam kedai tu sebab leka sangat main dengan anak-anak kucen tu. target utama aku semestinya si putih bertompok hitam tu lah! sebab tu warna kesukaan aku hihi. aku pun mulakan niat jahat untuk ambik anak kucen tu! lepas je hubby aku bayar harga barang yg dibeli tadi aku terus angkat anak kucen tu masukkan dalam baju aku terus 'blah'. hahaha i did it! (jahatnya aku,kerana terlalu taksub ngee)... lepas tu aku dimarahi oleh hubby tapi aku pekak kan je telinga... huhuhu...

malam tu,si kenit nie punya la bising cari ibunya. sampai aku na tido pun ta bole..haishh..! geram juga aku. tapi,bila aku tengok jer muka dia yg comel sangat tu meraih simpati aku....kesiannya 'si kenit' nie....terasa kejam pulak aku sebab pisahkan dia dengan ibunya kerana masih kecil...aku pun kira-kira nak pulangkan la 'si kenit' balik ke pangkuan ibunya pada esuk hari...

tapi esuknya,si kenit nie buatkan aku mengubah fikiran! hihi. dia sungguh hyperactive, suka bermain, sangat manja! hahaha terus aku memeluknya dan membuat keputusan untuk membelanya sampai bila2.hihihi... aku pergi kedai yang sama untuk membeli makanan nya, aku belikan dia whiskes kitten..wahh..sedap sungguh tengok dia makan dengan penuh selera..haha. jenoh aku fikirkan nama apa yang sesuai untuk si kenit nie,akhirnya enta macam mana aku dan hubby telah namakan si kenit nie sebagai "OPPIE"..si kenit nie rupanya jantan haha. sejak hari itu aku dan hubby menjaga nya dengan penuh kasih sayang..aku ajar dia supaya 'buang air besar dan kecil' kt tandas, aku siap belikan tandas khas untuk kucen dengan pasirnya lagi sebab aku tak lepas si oppie nie main kat lua atau tido kat lua 'sorang-sorang' hihihi. time si kenit nie tido pun sekatil dengan aku haha. aku dan my hubby bergilir-gilir mandikan dia seminggu dua kali supaya oppie sntiasa bersih dan wangi..hah,nak tau tak?setiap kali lepas mandi jer si oppie mesti demam dan selesema tau. bersin aje dia. dah tu aku pun selimutkan la si kenit dengan selimut khasnya. sejam lepas tu barulah dia kembali 'gila-gila' (macam aku haha). oppie suka sangat kacau aku tido, suka gigit telinga aku, tarik rambut aku..main-main mata aku aishh..! rindunya.....=(

si kenit,oppie nie seekor kucen yang bijak! sekejap jer aku ajar dia menggunakan tandas nya, senang betol bila next time dia nk melabur pandai jer dia cari tandas dia atau bilik air aku. haahaha bangga rasanya aku memeliharanya. kalau bab makan pulak, si oppie nie memilih sikit! (bukan sikit tapi banyak jugak la) haha. mana tak nya,dari mula aku ambik dia aku bagi dia makan whiskes kitten tu, mula2 sehari satu packet je,lepas tu dua packet sehari, kemudian tiga packet sehari bila dah semakin besar.. huishh..!jenoh la macam nie, aku sendiri pun ikat perot sebab nak bagi dia makan.haha tapi aku tak kisah pun sebab aku nak yang terbaik untuk si kenit oppie sayang jantung hatiku hahah. last,aku buat keputusan tuk belikan oppie whiskes yang dewasa punye,aku ingat dia suka la tapi sebaliknya pulak! dia tak nak makan whiskes yang keras tu, nak yang lembut-lembut tu jugak.adehh kureng asam btoi. dah besar dah pun gigi pun da bole gigit batu agaknya masih nak makan yang lembut-lembut lagi. aagaga..terpaksalah aku ke kedai balik tuk belikan whiskes tu. takpe,aku tak kisah...sebab aku sayang oppie..!! sampai lah sekarang itulah makanan nya tapi aku da mula ajar dia makan nasi atau ikan. hehe. mana tak gemok badan dia montel aje tau! lepas makan mesti nak cium aku. dah lah bau bucuk aje mulutnya hihi. =)

kemana saja aku pergi mesti aku tak pernah tinggalkan nya sendirian. yang seronoknya bersama oppie, masa tu aku ada urusan dengan my hubby,so aku terpaksa tinggalkan dia di rumah my mum..agak lebih kurang seminggu lah jugak aku tinggalkan dia kt ruma my mum...kat sana ada la jugak dia berkawan sebab banyak kucen lain kat kawasan tu.huhu. masa aku nak ambik dia balik aku pegi la dengan my hubby  menaiki 'motor' sebab tak ada kereta masa tu. huhu. kelakarnya bila nak balik sangkar kucen takde so aku tatau nak buh dalam ape..memandangkan si oppie nie kenit so aku letakkan dia dalam beg aku..keluarkan sikit kepala dia supaya oppie bole bernafas..hehehe..usah cakap la masa tu kelakar gila muka dia naik moto dan duduk dalam beg hahaha. bole dikatakan kemana sahaja aku pergi si oppie tak pernah aku tinggalkan. naik kereta bersama aku n hubby. berjalan-jalan..seronoknya!

haaa...yang paling aku suka tentang oppie nie dia suka sangat main kejar-kejar..cuma aku jer tau macam mana nak layan perangai 'gila-gila' si oppie tu ( sebab dia gila pun ikut aku hihi) seronok main kejar-kejar dengan si oppie sebabnya bila aku menyorok je dia mesti intai-intai carik aku  n bila nampak jer aku dia terus kejar sampai aku tak cukup tanah nak lari hahaha.(mengalahkan kena kejar ngan hantu pulak) lepas tu aku pulak yang kejar dia sampai penat hehe.
sebenarnya banyak lagi kisah tentang si oppie pengarang jantung hatiku ni..tapi rasanya dah banyak sangat aku menaip nie sampai dah kebas rasanya jari nie..hehe. ape pun aku bangga sangat dapat kongsikan story tentang oppie dengan semua. jum tengok aksi-aksi manja si oppie...^_^

"si kenit oppie"
ketika kecil..masa nie merata aku cari dia rupanya dia 
menyorok dalam raga fries..bayangkan la 
se kenit mana 'budak' nie hehe..

aksi si oppie ketika tidur....^_^

alahai..manjanya oppie sayang nie....

nak tidur mesti nak tempat yg selesa..
haish! kucen pun pandai "demand" kan..hehe

si comot oppie hehe

heheh...aku suka sangat peluk dan cium si oppie ni tau..! geram..!
.....oppie ku sayang.......^_^