Followers

Monday, December 6, 2010

CINTAKU ^_^


Sayang....
ingat lagi tak waktu mula-mula kita saling mengenali?
Kau dan aku masing-masing malu bertentang mata..menuturkan kata..
Setiap hari kita ber"sms"..aku macam orang gila senyum sorang-sorang bila baca sms =)
Setiap hari tak pernah jemu bertanyakan khabar masing-masing...

Sayang....
Disaat usia hubungan kata hampir setahun...
Kita masih mengenali hati budi masing-masing..
Hingga dugaan datang tanpa henti tatkala kita diambang bahagia..
Mampukah kita bertahan? Dan mengharungi bersama segala rintangan yang datang?
T'lah pun terbukti dengan ketabahan dan keyakinan kita bersama
Setelah usia hubungan kita dua tahun... ^_^

Sayang....
Setelah dua tahun mengharungi segalanya bersama..
Pahit, manis, suka, duka, bahagia dan derita bersama..
Kini aku mengerti bahawa dirimu adalah cinta sejatiku...
Cinta abadiku...Cinta matiku selamanya...
Aku mengerti dan fahami erti cinta sejati melalui dirimu..
Dan kini aku merasa aku amat takut kehilangan dirimu...
Tapi...

Sayang....
Dugaan datang lagi..kali ini amat berat....
Menguji sejauh mana kasih sayang dan ketabahan kita menghadapinya..
Tatkala ini..kau dan aku hampir tewas dan mengalah dengan dugaan yang ku rasa amat berat!
Memang sungguh menyakitkan.. SUNGGUH! Dan amat tersiksa!
Hingga kita memerlukan masa dan ruang untuk menerima segalanya...
Aku akui..mungkin segalanya bermula dari kesilapan ku...
Aku memohon ampun dan maaf darimu..
Dan aku berdoa semoga apa yang terjadi akan berakhir dan
Aku kan kembali ke dalam dakapan mu...

Sayang....
ALHAMDULILLAH....
Segala dugaan yang datang kita berjaya mengharunginya
Dengan berbekalkan rasa cinta yang menebal di dalam diri...
Aku hampir hilang arah saat berjauhan darimu...
Aku bagaikan tiada cahaya untuk menyuluh jalan kehidupanku...
Ini membuktikan aku memang tidak mampu hidup tanpamu...

Kini...
Usia hubungan kita sudah lebih empat tahun...
Aku sangat bahagia bersama dirimu...
Tak ada kata yang mampu aku gambarkan betapa bahagianya aku dengan mu
Sayanggg....^_^
Walaupun kadangkala kita sering bergaduh!
Tapi tidak pernah ambil masa yang lama..
Kerana kau tahu aku bagaimana dan aku tahu kau bagaimana...
Walaupun sekarang kita jarang ber"sms" sepeti dulu..
Itu kerana tugas kita masing-masing yang sudah jauh berbeza dari alam sekolah dulu...
Kau dengan keja mu..dan aku dengan pengajianku..
Semuanya demi masa depan kita bersama..

Namun...
Semua itu tidak pernah merubah perasaan aku pada mu sayang...
Dan aku sangat berharap kau juga begitu...
Aku sangat MENCINTAI dirimu wahai AZREEN....
Hingga aku menutup mata...
TAkkan pernah ada cinta lain...